Dashboard | +Follow


Entries ∞ About ∞ Darlinks ∞ Credits


Hollaaa it's me ^^


Mengharapkan keredhaan dari Ilahi :)

Istikharah Cinta :)



berdosakah aku
Monday, 20 May 2013 | 0 comments
assalammualaikum

  Semakin hari, semakin banyak dosa yang kita sering lakukan.
Hidup umpama ladang mengutip dosa. Setiap manusia biasa yang iman nya hanya senipis kulit bawang pasti tidak lari dari dosa.

  Kerana terpengaruh, hati mudah dikuasai oleh niat jahat. Perkara yang dilarang Allah, dilakukan sangat seronok. Bila lakukan dosa, rasa bersalah tiada. Hujung-hujung baru menyesal. Itulah kita. Makhluk pendosa. Hamba yang Allah sangat kasihi. Manusia yang alpa..

  Jika sudah melakukan dosa. Ada yang rasa, "ermm berdosakah aku?'' atau ''alaa Allah kan maha pengampun lagi maha penyayang nanti aku bertaubatla''. Wahai pembaca sekalian. Andai Allah telah murka. Andai Allah tak lagi menyayangimu. maka siapa lagi yang mampu kau harapkan untuk menjamin keselamatanmu di akhirat kelak? Humm jika Allah takdirkan kita mati disaat tangan sedang bersubahat melakukan dosa, akal sedang rancak merancang strategi jahat. Sempat tak kita bertaubat? Boleh kah kita minta masa untuk mengucap? tidak lagi...

  Kesimpulannya, siapa pun kita di masa lalu. apa pun yang telah kita lakukan. Jangan ulangi, dan bertaubatlah dengan sebenar-benar taubat. Allah menyayangi mu. tapi Dia bukan makhluk suruhanmu yang boleh kau pinta lambatkan ajalmu tiba....



Older Post | Newer Post